Monday, November 23, 2009

Jual Beli Setelah Adzan


Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, apabila siseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jia kamu mengetahuinya."

Sebahagian pedagang atau restoran atau penjual barang-barang secara kecilan masih melakukan transaksi jual beli setelah adzan kedua di kedai-kedai mereka, di depan dan di tepi masjid. Dalam hal ini penjual dan pembeli sama-sama berdosa, sekalipun yang dibeli hanya berupa makanan atau ubatan. Sedangkan hukum jual beli ini menurut pendapat yang rojih (kuat) adalah bathil.

Ada di antara pemilik-pemilik restoran, kedai-kedai dan gudang-gudang yang memaksa pekerja atau buruhnya bekerja pada waktu solat Jumaat. Mereka ini sekalipun keuntungannya kelihatan bertambah akan tetapi sebenarnya mereka bertambah rugi. Adapun pekerja seharusnya ia menaati printah Rasulullah saw dalam sabdanya;

"Tidak boleh menaati manusia dalam bermaksiat kepada Kholiq (Allah)." Hadith Shahih Bukhari dan Muslim

No comments:

Post a Comment

Hamba Allah SWT.

Saya ini hamba Allah SWT. Tiada Tuhan selain dari Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah.

Azan