Monday, November 23, 2009

Starbucks


Bagaikan sudah diduga kebenarannya. Teknologi yang dicipta oleh Yahudi Laknatullah akhirnya membunuh diri sendiri. Lemak babi dan arak, itulah yang terkandung di dalam minuman yang disediakan oleh Starbucks. Bersyukurlah bagi mereka yang sudah tahu dan berpesan-pesanlah kepada mereka yang tidak tahu. Tetapi sedih melihatkan bangsaku Melayu Islam yang sudah tahu tetapi tidak mengendahkannya dan masih menagih lagi air lemak babi dan arak itu. Sungguh hipokrit, pegangan diri membenci Yahudi tetapi...
Umpama air Coke dan Ribena, selagi tidak nampak racun dan arak dalam bentuk yang nyata, selagi itu masih diminumnya. Biar buta mata, jangan buta hati. Begitulah manifesto musuh-musuh Islam, hanya cantik di luar tetapi amat jijik di dalam. Mungkin agak sukar untuk pemerintah mengharamkan terus premis dan produk-produk tersebut kerana telah terikat dengan perjanjian perdagangan bebas. Tetapi kita sebagai bangsa majoriti di negara ini mestilah memainkan peranan dan kuasa kita.
Kita boleh menghapuskan premis dan produk-produk tersebut dengan cara memboikotnya. bagaimana? kita ambil hukum haram meminum arak sebagai asas di mana sesiapa sahaja yang bersangkut paut dengannya adalah berdosa besar. Maka, sesiapa sahaja yang bersangkut paut dengan premis dan produk-produk tersebut, tinggalkan sahaja. Lagipun Malaysia ini bukanlah sebuah negara yang darurat dengan peluang-peluang kerja. Si nyonya tua pun pandai mengutip tin-tin kosong bagi mendapatkan sesuap nasi, inikan pula kita yang masih kuat tenaganya dan cerdas akal fikirannya

No comments:

Post a Comment

Hamba Allah SWT.

Saya ini hamba Allah SWT. Tiada Tuhan selain dari Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah.

Azan